Tuesday 17 February 2015

PENYEDIAAN PROFIL INDIVIDU PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN GURU

BAHAGIAN KULIT DEPAN FAIL PROFIL PPB INDIVIDU

Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas:

BAHAGIAN ISI FAIL

A. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan


B. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL

1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan dalam Aktiviti PPB

C. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI
1. Senarai Tugas dan Tanggungjawab
2. Sumbangan kepada KPM/JPN/PPD
3. Penulisan/Penerbitan

D. BAHAN BUKTI DALAM PdP/KEPIMPINAN
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja

E. ANUGERAH /PENCAPAIAN
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah dalam PdP/Kepimpinan/Lain-lain
3. Jemputan untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan dan Lain-lain

F. PENILAIAN PdP/KEPIMPINAN
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas dan Penilaian daripada Murid/Ketua Jabatan

Vitae Kurikulum terdiri daripada maklumat peribadi (seperti nama, alamat), rekod perkhidmatan, pencapaian, senarai kursus yang dihadiri dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Moga perkongsian bahan Profil PPB Individu ini dapat membantu guru-guru menyediakan fail yang terbaik.

Contoh Muka Depan Profil Individu PPB

Sunday 8 February 2015

Saturday 22 November 2014

Profil Sekolah

Nama Sekolah      :        
SK FELDA BUKIT TANGGA
Alamat
SK FELDA BUKIT TANGGA, 06050 BUKIT KAYU HITAM
KUBANG PASU

Kod Sekolah
KBA4057

Lokasi
LUAR BANDAR

No. Tel / Fax
04-9222340

Emel
skfbt.ppdkp@gmail.com

Daerah MGB
KUBANG PASU

Nama Guru Besar
ENCIK ALIAS BIN BAHADON

Nama PK Pentadbiran
ENCIK MD. NOOR BIN ALI

Nama PK Hem
TUAN HAJI IZHAM BIN HJ HASSAN

Nama PK Kokurikulum
ENCIK ABD. KARIM BIN HAT

Jumlah Guru
28

K/Tangan Bukan Guru
3

K/Tangan Swasta
4

Motto Sekolah
BELAJAR DAN BERBAKTI



 LATAR BELAKANG SEKOLAH SEKOLAH

SK Felda Bukit Tangga wujud dengan pembukaan  Felda Bukit Tangga pada 01.01.1984.  Ia mempunyai dua blok bangunan pasang siap yang mengandungi 9 bilik darjah dan 1 bilik pejabat serta 1 bilik guru.

Pembinaan  2 blok setingkat ini bermula pada bulan November 1983 di tapak seluas 9.4 ekar.  Pada awal Januari 1984 iaitu hari pertama persekolahan, bangunan sekolah ini hanya 85 peratus siap.  Kerja-kerja pembinaan diteruskan selepas waktu persekolahan di sebelah petang.

Tiada kemudahan asas disediakan kecuali bekalan air.  Enam bulan kemudian barulah bekalan elektrik disalurkan.

Pada peringkat awal ini, SK Felda Bukit Tangga hanya mempunyai 8 orang tenaga pengajar, seorang kerani, seorang pekerja am dan jumlah pelajar seramai 213 orang yang terdiri daripada anak-anak peneroka Felda.  Guru Besar yang pertama ialah Tuan Syed Ali Zainal Abidin bin Syed Abd. Rahman.

Upacara perasmian sekolah telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah pada 25. 03. 1984.

Bilangan murid semakin bertambah dari tahun ke tahun sehingga melebihi 500 orang pada tahun 1986.  Oleh kerana kekurangan bilik darjah, sesi petang terpaksa diadakan.  Ini berlarutan selama dua tahun sehinggalah bangunan baru diluluskan pembinaannya.

Pada 25.05.1988 kerja meratakan tanah untuk dijadikan tapak bangunan baru dijalankan.  Bangunan dua tingkat ini mempunyai 8 bilik darjah dan sebuah kantin menelan belanja sebanyak RM0.65 juta  lengkap dengan kemudahan fizikal.  Bangunan ini siap dibina sepenuhnya pada akhir tahun 1988 dan mula digunakan pada awal tahun 1989.

Seterusnya pada tahun 2002 sebuah lagi bangunan 4 tingkat telah dibina dan siap sepenuhnya pada tahun 2003.  Mulai Januari 2004, bangunan tersebut telah digunakan dan merupakan bangunan utama ketika ini.  Bangunan ini mengandungi sebuah dewan terbuka, sebuah bilik guru, sebuah pejabat, 6 bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah bilik audio visual, sebuah pusat sumber, 2 buah bilik persalinan, sebuah setor P.Jasmani, sebuah tandas murid perempuan, 2 buah tandas guru dan 2 buah tandas OKU.